Category Archives: kewangan

Perbezaan Antara Wasiat, Faraid dan Hibah

WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

Wasiat Kepada Waris dan Bukan Waris

Pada asasnya wasiat hanya diberikan kepada bukan waris kerana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pahala. Ia juga diharap dapat memenuhi segala kekurangan yang ada ketika hayat.

Apa yang dimaksudkan dengan waris dalam konteks wasiat ialah orang-orang yang berhak mendapat pusaka selepas pemilik harta meninggal kelak seperti anak atau isteri. Oleh kerana itu wasiat pada asasnya diberikan kepada bukan waris kerana mereka ini tidak termasuk dalam kalangan orang yang berhak untuk mendapat pusaka.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya berbunyi;

“Allah telah berikan bahagian kepada setiap orang yang berhak. Maka tiada wasiat untuk waris.”

Bagaimanapun, wasiat kepada ahli waris masih boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan dari ahli waris yang lain. Perlu diingat, ahli waris yang dimaksudkan mestilah ahli waris semasa kematian pewasiat dan bukan ahli waris semasa hayat pewasiat. Jika kesemua ahli waris bersetuju dengan wasiat yang dibuat maka perlaksanaan wasiat tersebut boleh dilaksanakan.

Wasiat Wajibah

Pelaksanaan Wasiat Wajibah menunjukkan Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesempurnaan hidup umatnya, terutama anak-anak yang kehilangan ahli keluarga mereka.

Dalam perkara ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-83 yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Pelaksanaan Wasiat Wajibah. Muzakarah berpandangan dalam melaksanakan Wasiat Wajibah adalah harus mengambil pandangan yang menyatakan bahawa berwasiat kepada ahli-ahli waris (seperti cucu) yang tidak mendapat pusaka disebabkan halangan-halangan tertentu adalah merupakan suatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.

Wasiat Wajibah ialah seorang anak yang bapa atau ibunya mati terlebih dahulu daripada datuk atau neneknya, anak tersebut iaitu cucu berhak untuk menerima Wasiat Wajibah dengan mengambil bahagian faraid bapa atau ibunya pada kadar tidak melebihi 1/3 daripada harta pusaka datuk atau nenek. Sekiranya bahagian ibu atau bapa adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar tidak melebihi 1/3.

Pelaksanaan Wasiat Wajibah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

1. Anak lelaki dan perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan (cucu) ke bawah adalah layak untuk menerima Wasiat Wajibah.

2. Hendaklah kedua ibu atau bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek atau ibu atau bapa meninggal dunia serentak dengan datuk atau nenek dalam kejadian yang sama atau berlainan.

3. Cucu lelaki dan perempuan bukan merupakan waris kepada harta pusaka datuk. Sekiranya mereka merupakan waris ke atas harta pusaka secara fardu atau ta’sib maka mereka tidak layak untuk mendapat Wasiat Wajibah walaupun bahagiannya sedikit berbanding Wasiat Wajibah.

4. Sekiranya anak lelaki atau anak perempuan berlainan agama dengan ibu atau bapa atau terlibat dengan pembunuhan ibu atau bapa, maka dia tidak berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah daripada harta pusaka datuk.

5. Sekiranya datuk atau nenek telah memberikan harta kepada cucu melalui hibah, wakaf, wasiat dan sebagainya dengan kadar yang sepatutnya diterima oleh anak lelaki atau anak perempuan mereka sekiranya mereka masih hidup, cucu tidak lagi berhak untuk mendapat Wasiat Wajibah. Sekiranya pemberian tersebut adalah kurang daripada hak yang sepatutnya diterima oleh cucu daripada bahagian anak lelaki atau anak perempuan. Maka hendaklah disempurnakan bahagian tersebut.

6. Anak akan mengambil bahagian faraid bapa atau ibu yang meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk atau nenek dan kadar tersebut hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 daripada nilai harta pusaka. Sekiranya bahagian tersebut adalah 1/3 atau kurang daripada 1/3, maka pembahagian tersebut hendaklah dilaksanakan pada kadar tersebut. Sekiranya bahagian tersebut melebihi 1/3 maka hendaklah dikurangkan pada kadar 1/3 melainkan setelah mendapat persetujuan ahli-ahli waris yang lain.

7. Pembahagian Wasiat Wajibah boleh dilaksanakan setelah didahulukan urusan berkaitan mayat, wasiat ikhtiyariyyah dan hutang piutang.

8. Pembahagian Wasiat Wajibah kepada cucu-cucu yang berhak adalah berdasarkan kepada prinsip faraid iaitu seorang lelaki menerima bahagian 2 orang perempuan.

FARAID

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan.

Menurut istilah syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu, bapa dan lain-lain).

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama, melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan

HIBAH

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang mengandungi pemberiaan hak milik oleh pemberi harta kepada seseorang secara rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan atau tukaran.

Pemberi hibbah tidak boleh menarik balik hibahnya setelah setiap rukun hibbah dipenuhi iaitu : pemberi hibbah (al-wahib), penerima hibbah (al-mauhub laku). Barang dihibahkan (al-manhub) lafaz ijab kabul, menurut mazhab syafie akad nikah tidak sempurna kecuali selepas qabul . qabul berbeza-beza mengikut harta / aset.

Sekiranya harta alih. Maka qabul berlaku dengan mengambil, memindah, mengasingkan harta tersebut dengan harta lain. Bagi harta tidak alih boleh berlaku dengan mengosongkan harta, menguasainya dan melakukan tasaruf terhadap harta tersebut seperti menyerahkan kunci dan seumpamanya.

Harta atau barang yang dihibahkan mestilah:

1. Sesuatu yang bernilai pada pandangan syarak pada waktu hibah dibuat,
2. Milik sah orang yang memberi hibah dan
3. Hendaklah jenis yang boleh diserahkan pada waktu itu.

Contohnya, ayah menghibahkan sebidang tanah kepada anaknya. Tanah adalah jenis harta yang bernilai daripada sudut pandangan syarak. Namun begitu, tanah itu hendaklah bebas daripada sebarang gadaian dengan pihak bank.

Jika mempunyai sekatan gadaian, tanah itu tidak mencukupi syarat sebagai harta yang boleh dihibahkan. Ia belum menjadi milik sah orang yang memberi hibah dan juga tidak boleh diserahkan pada waktu itu kerana sekatan gadaian menghalang serahan atau pindah milik dibuat.

Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam.

Pemberi hibah mestilah bebas menguruskan harta tersebut tanpa sebarang sekatan. Pindah milik rumah melalui perjanjian hibah tidak boleh dilakukan sekiranya rumah terbabit dijadikan cagaran dan dikaveatkan melainkan cagaran itu ditamatkan dan kaveat ke atas rumah itu ditarik balik.

Jenis-jenis Scammer Yang Perlu Anda Tahu

Scammer ini licik, anonymous.. Ingat senang-senang ke dia nak up mcm tu je status dia, terus munculkan diri untuk tunjuk diri dia scammer??

Ni nak iSinarkan sikit yang dah iMalap hari ini, for your information:

Scam ada banyak jenis ye pakcik, makcik, tok wan tok abah, kawan, adik;

  • i. Scam Phone – Paling Red Hot Peppers!!! (Mengaku dari PDRM/LHDN/Bank dll bagitahu ada terlibat kes, duit tertunggak , langgar lari, dadah macam2 lagi)
  • ii. Scam SMS – Tengah up sebab phone call banyak dah kena block and public dah start aware. (SMS akaun akan ditamatkan, tunggakkan, bagi link sama macam portal banking once click bagi info habis duit lesap)
  • iii. Scam Atas Talian – Jual beli barang , tapi barang tak sampai or memang tak ada pon.
  • iv. Parcel – Korang dpt SMS/ emel pemberitahuan pakej/barang anda tidak dapat dikirim. Sila bayar sekian2 untuk perlepasan barang anda.
  • v. Akaun Keldai – Korang dengan baik hati bagi no akaun dekat orang sebab dia bagi korang duit, nanti akaun korang digunakan oleh scammer ni untuk salurkan duit orang yang dia scam tu

( Banyak dekat FB – Contoh : Siapa ada bank saving account untuk disewa dgn ATM card sekali boleh PM saya! Sewa seminggu RM100-300!! (Setiap minggu dpt payment)✓ (Sewa Limit Untuk 2Bulan Sahaja)✓

  • vi. Love Scam, Pinjaman tidak wujud dan lain-lain.. Semua ni list jenis2 scam yang paling banyak polis terima dekat Malaysia ni.

Kesian dkt Tuan/Puan PDRM & BNM yang hari-hari bagi awareness pasal Scam ni..

Dari korang duk viralkan info yang salah why not upkan Facebook:

– Amaran Scam (Bank Negara Malaysia -BNM) : https://www.facebook.com/amaranpenipuan/
– Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police (PDRM) : https://www.facebook.com/CyberCrimeAlertRMP
Page ini hari hari bagi alert/pemberitahuan berkaitan scam yang ada dekat Malaysia!

Modus Operandi dan macam mana scammer ini jerat mangsa dia semua ada dihuraikan satu persatu dekat page CyberCrimeAlertRMP ini.

Penat abang-abang/Kakak-kakak ini sebarkan, tapi yg diviralkan benda yang tidak betul.. SO apa kata ramai2 kita kasi UP page ini, mudahan tiada lagi yg kena scam atau tipu dengan scammer.

JANGAN KONGSI DATA / MAKLUMAT PERIBADI!

HUBUNGI HOTLINE CCID INFOLINE 013 2111 222

Harta Jadi Beku Setelah Meninggal Dunia

Kalau korang nak tahu, harta-harta dalam gambar ini akan terus MEMBEKU setelah pemilik akaunnya meninggal dunia. Sedar tak sedar ramai daripada kita tak tahu proses pengurusan harta pusaka yang boleh berisiko rumit jika tidak dirancang dari awal.

Secara ringkasnya, Terdapat 3 proses utama yang harus waris lalui

1) Perolehan kuasa
2) Pentadbiran
3) Pembahagian kepada waris yang layak

Waris perlu mengemukakan permohonan pusaka di mana-mana Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil atau Amanah Raya BHD bergantung pada nilai harta tersebut. Lepas kes difailkan, waris akan terima surat kuasa tadbir yang melantik salah seorang dalam kalangan waris dikenali sebagai Pentadbir untuk melaksanakan tugas mencairkan aset si mati.

Untuk pengetahuan korang, Surat Kuasa Tadbir ini sangat penting ya untuk waris buat tuntutan pada pusaka yang ditinggalkan itu seperti gambar di atas TH, KWSP @ bank, sebab semua ni mempunyai proses yg berbeza. Setelah semua tuntutan dibuat, barulah prosiding mahkamah dilakukan untuk tentukan cara pembahagian harta pusaka. Samada pembahagian secara Faraid atau sepakat sesama waris.

Kalau dilihat secara terperinci, setiap proses dari pengurusan harta pusaka ini MELIBATKAN KOS. Kos turun naik mahkamah, KOS Petrol, dan banyak lagi KOS lain yang tak nampak. Laporan Pejabat Tanah dan Galian setakat 2018 menunjukkan harta terbeku meningkat saban tahun, dan terbaru mencatat RM70bilion harta terbeku! Merisaukan kan? Sebab itu perlunya kepada PERANCANGAN HARTA sebab usaha sepanjang hidup mengumpul harta bermatlamat untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada waris kita.

Gunakan setiap instruments Hibah Takaful, Faraid, Wasiat & wakaf dengan optimum supaya waris terbela, kita pun pergi dengan sempurna. Tapi jika sebaliknya kita gagal untuk merancang pengurusan harta, maka sengsaralah yang ditinggalkan kepada waris.

Jom Whatsapp or Call🤙🤙http://www.wasap.my/60195226732/