Tag Archives: cara portout semula

Proses Port-in Ke Halo Telco

Perkara-perkara yang perlu anda ketahui apabila melakukan port out dari telco lama, kadang-kala ia mengambil masa agak lama untuk bertukar ke telco baru disebabkan syarat yang tidak dipatuhi, di sini saya sertakan langkah-langkah perlu anda lakukan apabila permohonan ditolak:

Cara semak status guna sms

CEK PORT IN STATUS BOLEH GUNA SMS

* contoh seperti dibawah taip mesej:
P 0123456789 (no tel yang port in)
SEND KE 2222

* guna sim tunetalk untuk cek

* RM0.00 Dear Dealer, Port-in for 0123456789 is Rejected (SP71). TQ.

Status MNP / Port Out:

[01]. Submitted
MNP request telah dihantar ke Tunetalk.

[02]. Acknowledged

  1. MNP request telah diterima oleh donor/telco asal.
  2. Proses untuk check validity, no. IC, hutang, dan kontrak, jika ada.
  3. Konfirmasi sms untuk MNP dihantar ke user.
  4. Terima jawapan YES dari user untuk teruskan proses MNP.
  5. Telco asal forward semula request MNP ke Tunetalk.
[03]. Accepted
Tunetalk terima no. asal dari telco lama untuk dimasukkan ke sistem Tunetalk.

[04]. Completed
Process MNP telah selesai dan simkad sudah boleh digunakan.

Cara Resubmit semula

Ada 4 cara untuk resubmit balik proses pendaftaran..

CARA PERTAMA
Masuk apps halogo
Klik Port in
Klik Nama pelanggan
Klik button resubmit ↩️ sebelah kanan bawah dan klik submit ✅

CARA KEDUA
Masuk apps dealer
Klik History
Klik Port In
Cari tarikh, masa dan no siri simkad yang anda daftarkan.. Klik dan iResubmit semula

CARA KETIGA
Masuk apps dealer dan klik Port In.. Register semula macam biasa..

CARA KEEMPAT
Login apps Tune Talk customer.. Masukkan no phone customer dan request NO PIN yang dihantarkan ke no sementara customer.. Cara nak dapatkan no customer… Minta customer masukkan simkad dalam phone dan dail *133# untuk dapatkan no phone..

Dah berjaya login..
Klik More
Klik Switch to Tune Talk

Masukkan telco lama customer dan no lama customer.. Pastu submit..

Contoh2 error semasa MNP dan cara membuat aduan ke SKMM

Kemudian akan keluar Kod mengapa ia reject, dan anda boleh rujuk kod reject tersebut dibawah ini:

Contoh2 Kod Reject yang ada.

SP10 – Nombor Kad pengenalan baru salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP11 – Nombor Kad pengenalan lama salah.
Remark/Resolution : Semak butiran kad pengenalan pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP12 – Nombor ID polis/tentera salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Nombor ID Polis/tentera pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP13 – Nombor Passport salah.
Remark/Resolution : Semak butiran Passport pemilik asal dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Betulkan dan Re-submit semula permohonan MNP.

SP51 – Nombor masih mempunyai kontrak dengan donor asal.
Remark/Resolution : Semak dengan penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal)samada nombor tersebut mempunyai kontrak atau tidak. Pemilik asal perlu batalkan kontrak sedia ada. Sekiranya Kontrak sudah di batalkan , Re-submit semula permohonan MNP tersebut. 

SP52 – Mempunyai akaun tertunggak.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu jelaskan pembayaran akaun yang tertunggak dengan Penyedia rangkaian sedia ada ( Donor asal). Jika Boleh, lebihkan pembayaran bil. Sekiranya akaun telah dibersihkan dari tunggakan, Sila Re-submit semula Permohonan MNP. 

SP54 – Nombor yg hendak di MNP bukan dari donor yg di daftar. 
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu semak dengan rangkaian sedia ada ( donor asal) samada nombor tersebut adalah betul dari rangkaian yg di daftarkan. Setelah mendapat pengesahan, Sila Re-submit semula permohonan MNP tersebut.

SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.
Remark/Resolution : Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.

SP56 – Nombor tersebut iaitu Pemegang Akaun Utama ( Principal Line) mempunyai talian tambahan di bawahnya ( Supplementary Line).
Remark/Resolution : Pemegang Akaun Utama mesti pergi ke Penyedia Rangkaian sedia ada (Donor Asal) utk tamatkan talian tambahan dan salah satu nombor dari talian tambahan tadi perlu mendaftar semula utk menjadi Pemegang Akaun utama (Principal Line). Setelah proses berjaya, Permohonan MNP utk nombor tadi boleh di re-submit semula.

SP57 – Talian tambahan( Supplementary Line) mempunyai Pemegang akaun utama ( Principal Line) yang perlu di alihkan.
Remark/Resolution : Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP58 – sebahagian atau semua nombor bukan kepunyaan pelanggan atau syarikat utama.
Remark/Resolution : Pengguna Talian tambahan (Supplementary Line) perlu mendaftar semula sebagai pengguna Utama ( Principal subscriber) atau sebagai .Pengguna individu.sebaik sahaja proses ini selesai, maka mereka boleh meneruskan untuk meminta mengalihkan nombor tersebut.

SP59 – Melebihi had Kredit.
Remark/Resolution : memastikan penggunaan perkhidmatan yang sedia ada tidak melebihi had kredit yang ditetapkan oleh operator rangkaian semasa.

SP61 – NOMBOR PELANGGAN ADALAH dihentikan sementara.
Remark/Resolution : Semak status dengan pembekal perkhidmatan semasa, pastikan nombor mudah alih adalah aktif yang berkaitan, masih dalam tempoh sah topup / masih ada sekurang-kurangnya kredit masa siaran min RM1.

SP71 – User TIDAK atau LAMBAT membalas SMS pengesahan port out daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Re-submit semula permohonan MNP tersebut dan pastikan user membalas sms pengesahan port out dengan kadar segera. 

SP72 – User menjawab NO kepada SMS Pengesahan daripada syarikat telekomunikasi asal.
Remark/Resolution : Mohon buat semakan semula dgn pengguna dan submit semula.

* Jika sudah ikut semua syarat, tapi masih gagal nak kekal nombor lama, anda perlu bantu pelanggan anda untuk membuat aduan terus kepada SKMM/MCMC.

KLIK DISINI – ADUAN MCMC.